Tuesday, September 24, 2019

MUDAH UNTUK KUASAI TAJWID


Sebenarnya mudah untuk kuasai ilmu tajwid. Sangat mudah. Masalah ramai orang apabila dengar sahaja ilmu tajwid, akan rasa susah. Atau kurang berminat. 

Namun sekiranya kita tahu akan kelebihan mereka baca al-Quran dalam dan mahir akan tajwid, jika dibandingkan dengan mereka yang baca al-Quran dan tidak mahir akan tajwid. Kita akan berfikir untuk tajamkan lagi ilmu tentang tajwid.

Kelebihan mereka yang baca al-Quran. Allah subahanahu wataala, sangatlah kaya dan pemurah. Terutama bagi mereka yang baca al-Quran.

Dalam satu hadith Nabi pesan dan sebut, 

“Orang yang mahir membaca Al-Qur’an, dia berada bersama para malaikat yang terhormat dan orang yang tersekat-sekat di dalam membaca Al-Qur’an serta mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala"

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini, jelas Nabi beritahu tentang dua golongan yang baca al-Quran.

1- Yang mahir.
2- Yang ada kesulitan.

Dan kedua-dua golongan ini ada kelebihan yang Allah bagi. Maha pemurah Allah subhanahu wataala.

Yang mahir akan bersama Malaikat.

Yang ada kesulitan Allah bagi dua pahala. 

Ini semangat yang Allah beri pada hambanya. Sebab Allah hendak beri kebaikan kepada hambanya. Nak beri pahala. Nak beri syurga.

Sebaiknya kita ambil langkah untuk mahir ilmu tajwid.

Dalam buku ini saya kongsikan kepada anda, langkah untuk kuasai ilmu tajwid secara mudah. Dengan tulisan dan tanda yang ada dalam al-Quran bila kita faham kenapa ditulis tanda tanwin selari dan tidak sebagai contoh, kita dah boleh tahu cara nak baca kalimah dan ayat tersebut.








Saturday, April 20, 2019

CARA PENULISAN MUSHAF ZAMAN SAIDINA UTHMAN

etika Saidina Uthman mula memilih sahabat-sahabat untuk menulis al-Quran,beliau telah meminta sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar.



Ada beberapa perkara yang dipastikan sebelum sesuatu ayat al-Quran ditulis:-



  • Dipastikan ayat-ayat benar daripaa Quran dan ia tidak dimansuhkan ketika semakan terakhir. Semakan terakhir ini berlaku pada akhir hayat baginda Nabi sollallahu alaihi wasallam. Boleh baca di sini.

  • Tidak ditulis sesuatu yang tidak sabit daripada Quran. Ada beberapa tulisan sahabat dalam buku catatan mereka yang memberi jelas berkenaan makna sesuatu ayat al-Quran.

  • Jawatankuasa penulisan ini, menulis mashaf-mashaf yang meraikan perbezaan tentang hazaf, ithbat, naqs, ziadah dan lain-lain sebagaimana ia diturunkan. Boleh baca sini Al-Quran diturunkan dalam 7 loghat.

  • Sekiranya terdapat perselisihan antara mereka, maka ia akan ditulis dengan loghat kaum Quraisy


Antara perkara yang pernah menjadi perselisihan antara mereka adalah pada kalimah 


Firdaos Mohd Rawi


Zaid berpendapat kalimah ini perlu ditulis dengan التابوة  (ta marbuthah ). Sahabat dari Quraisy berpandangan ia perlu ditulis dengan التابوت (ta terbuka). Saidina Uthman membuat keputusan bahawa ia perlu ditulis dengan التابوت (ta terbuka) kerana mengikut loghat Quraisy.



Penulisan di zaman Uthman ini berpunca dari kepelbagaian bacaan para Qurra' ketika itu. Ada dari kalangan mereka yang menerima bacaan sebelum berlaku semakan terakhir. Ketika semakan terakhir, terdapat ayat yang telah dimansuhkan. Ada yang mereka tidak tahu.



Selesai sahaja penulisan beberapa mashaf sebagaimana yang dirancang, Saidina Uthman memulangkan semula suhuf asal kepada Ummil Mukminin Saidatina Hafsah binti Umar al-Khattab.


Mashaf-mashaf lain yang siap ditulis dihantar ke kota-kota yang diperintah Islam ketika itu.

Mushaf-mushaf lain yang ada ketika itu dibakar dan dimusnahkan. Tujuaannya adalah untuk menjaga pintu fitnah daripada terbuka dan kejahatan yang mungkin timbul.


Tuesday, April 16, 2019

HUKUM NUN MATI DAN TANWIN

Nun mati dan tanwin, 















Hukum Nun Mati dan Tanwin ada empat

1- Izhar Halqi
2-Ikhfak Haqiqi
3-Idgham
4-Iqlab





Saturday, April 13, 2019

MAD LAZIM - MAD FAR'IE SUKUN ASLI

Mad lazim jadi bila selepas huruf mad ada sukun asli. Mad lazim hanya berlaku dalam satu kalimah sahaja. Dalam satu perkataan sahaja.

Namanya Mad Lazim sebab semua ulamak qurra sepakat ia lazim (mesti) dibaca dengan kadar 6 harakat. Tidak ada beza pandangan tentang panjang 6 harakat ni. Tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih. Cara kira harakat bergantung pada kelajuan bacaan al-Quran.

Mad lazim terbahagi kepada dua. 

Pertama  dalam bentuk huruf seperti الم يس حم - Ini disebut harfi.
Kedua dalam bentuk kalimah ( perkataan ) seperti  الضالين. - Ini disebut kalimi.


Bentuk huruf ada dekat 29 surah dalam alquran.Contohnya الم .   
Dalam bentuk perkataan ada beberapa tempat dalam al-Quran. Contoh الضالين . 

Daripada dua bahagian ini, sama ada dalam bentuk huruf atau dalam bentuk kalimah terbahagi lagi dua jenis  seperti dalam rajah kat atas.

1- Mad Lazim Kalimi
     a : Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf.
     b : Mad Lazim Kalimi Muthaqqal.

2-Mad Lazim Harfi
    c : Mad Lazim Harfi Mukhaffaf.
    d: Mad Lazim Harfi Muthaqqal.



Kita Tengok Secara Terperinci 



a : Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf. 

     Mad Lazim     |        Kalimi             |Mukhaffaf. 
    (Mesti baca 6) | (Dalam Kalimah)|(Ringan)

Bertemu huruf mad dengan sukun asli. Tanpa idgham. 
Terjadi dalam satu kalimah sahaja iaitu :- 



mad lazim


Surah Yunus ayat 51 muka surat 214.
mad lazim
Surah Yunus ayat 51 muka surat 219.

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf ini hanya berlaku pada kalimah ini sahaja dan 
terdapat dalam dua tempat. Kedua-duanya berada dalam surah YUNUS.
Ayat 51 dan ayat 91.


b : Mad Lazim Kalimi Muthaqqal. 


 Mad Lazim     |        Kalimi             |Muthaqqal.
    (Mesti baca 6) | (Dalam Kalimah)|(Berat)

Beza Mad Lazim Kalimi Muthaqqal dengan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf 
ini sebab berat. Muthaqqal maksudnya berat sebab ada idgham. Dekat sini Idgham terjadi sebab bertemu dua huruf yang sama dalam kalimah itu. Kita tengok gambar kat bawah ni.

Contoh Mad Lazim Kalimi Muthaqqal

Mad Lazim
Dinamakan Muthaqqal Kerana berlaku Idgham.



Huruf mad bertemu dengan huruf ذ pertama yang bertanda sukun asli itu sebab jadi mad lazim. Ia jadi muthaqqal sebab huruf ذ pertama masuk ke dalam huruf ذ kedua seperti dalam gambar atas.

Contoh Mad Lazim Kalimi Muthaqqal di dalam al-Quran.





Firdaos Mohd Rawi









Wednesday, April 10, 2019

HUKUM NUN MATI DAN TANWIN - IQLAB

Apabila huruf nun yang bertanda sukun atau tanwin datang selepasnya huruf ب maka Iqlab akan.berlaku.


PENGERTIAN IQLAB


DARI SEGI BAHASA : ia bermaksud menukar sesuatu daripada rupa asalnya.


DARI SEGI ISTILAH : menukarkan bunyi huruf nun sakinah atau tanwin kepada bunyi huruf mim yang ringan dengan ikhfak dan dengung.


HURUF :  terdapat satu huruf sahaja iaitu huruf      ب


Contoh Iqlab adalah seperti berikut :

Jadi dalam dua satu kalimah. Maksudnya ن dan ب berada dalam kalimah yang sama

Jadi dalam dua satu kalimah. Maksudnya ن dan ب berada dalam kalimah yang berbeza.



Ketika membaca kalimah ini seperti  menukarkan huruf nun sakinah ataupun tanwin  kepada huruf mim seperti berikut :





NOTA


Bacaan Iqlab ini dinamakan juga Ikhfa' Majazi. 

Berbeza dengan hukum Ikhfak Hakiki. 

Masa bacaan Iqlab huruf nun sukun atau tanwin dibaca dengan bunyi  Huruf Mim. Tetapi bacaan bukan dibaca secara merapatkan bibir. Bibir terbuka sedikit.  Dinamakan dengan Iqlab kerana bunyi nun atau tanwin ditukar kepada bunyi mim. Di dalam tulisan Resm Othmani  hukum Iqlab ini ditandakan dengan mim yang kecil. Terdapat Mushaf yang mewarnakan huruf mim kecil itu dengan warna hijau. Hijau memberi makna bacaan tersebut perlu didengungkan.


Tuesday, April 9, 2019

KELAJUAN BACAAN AL-QURAN

Tenang rasa bila dengar bacaan al-Quran bacaan imam-imam yang besar. Bacaan terkenal seperti Imam Masyari Al-Afasi, Imam Sudais, Imam Shuraim, Imam al-Ghamidi dan lain-lain. Bacaan mereka ada yang laju dan ada juga yang agak perlahan.

Bila dengar bacaan dalam majlis Tilawah al-Quran bacaan agak perlahan.

Itulah perbezaan tempo bacaan al-Quran.

Kadar kelajuan  dalam bacaan al-Quran ada 3. Berikut adalah kadar bacaan al-Quran dan bagaimana ia dibacakan.



  • Bacaan Tahqiq - Perlahan
  • Bacaan Hadar - Sederhana
  • Bacaan Tadwir - Laju



Imam Al-Jazari terangkan dalam kitab Annasyru.
Ada 3 tingkatan (kadar laju) dalam membaca al-Quran iaitu :



1- Attahqiq ( bacaan yang sangat lambat, tenang, jelas pengucapannya dan menunaikan haq huruf dengan sebaik-baiknya )
sesuai bagi mereka yang mengajar al-Quran kepada mereka yang mahu belajar membaca al-Quran untuk membetulkan bacaan.

2- Alhadr ( bacaan yang cepat ).

3- Attadwir ( bacaan yang tidak cepat dan tidak lambat ) yang sedang sahaja.
Bacaan ini biasa dibaca oleh imam di dalam solat.

Tiga tingkatan bacaan ini semua diperbolehkan dengan syarat membaca dengan secaraTartil.



Apakah Tartil itu?



Tartil mengikut Imam Ibn Jazari bukanlah tingkatan membaca al-Quran tetapi tartil perlu ada pada setiap tingkatan bacaan al-Quran.

Tartil perlu ada pada setiap bacaan tahqiq alhadr dan attadwir

Beliau menyebut di dalam bait kalam beliau dalam Toyyibatun Nasyri (طيبة النشر )





ويقرأ القران بالتحقيق   مع حدر وتدوير وكل متبع
مع حسن صوت بلحون العرب   مرتلا مجودا بالعربي



Alquran dibaca dengan attahqiq, dan dengan cepat dan pertengahan harus. Dengan suara yang baik dengan irama arab dan dengan tartil
dan dibaguskan dengan fasih bahasa arab. Maka tartil masuk ke dalam ketiga-tiga tingkatan bacaan al-Quran.

Dan dibaguskan bacaan dengan fasih sesuai bahasa arab iaitu dengan huruf huruf arab.

Tartil adalah membaca al-Quran dengan hikmat, baik, saksama, khusyukh dan memperhatikan makna dengan tajwid, panjang pendek, waqaf, ibtidak.

Sebahagian ulama pula ada yang kategorikan bacaan tartil termasuk  dalam 
tingkatan bacaan al-Quran seperti ini.

Tahqiq

Tartil

Tadwir

Hadar

Mengikut pandangan Imam Ibn al-Jazari tiga sahaja tingkatan bacaan al-Quran dan tartil perlu dijaga pada setiap tingkatan bacaan tersebut.

#Bacaan Hadar biasa dibaca oleh mereka yang menghafaz al-Quran. Dibaca untuk mengulang-ngulang hafazan mereka.Mereka perlu baca laju kerana perlu mengulang bacaan yang banyak. 


# Untuk mengetahui bagaimanakah kadar bacaan anda, adalah sepatutnya bertemu dengan mereka yang mahir dan ahli dalam ilmu pembacaan al-Quran bagi memberikan panduan kepada anda.Dan akan mudah faham teori hukum mad yang lain.

HUKUM NUN MATI DAN TANWIN