Tuesday, April 9, 2019

KELAJUAN BACAAN AL-QURAN

Tenang rasa bila dengar bacaan al-Quran bacaan imam-imam yang besar. Bacaan terkenal seperti Imam Masyari Al-Afasi, Imam Sudais, Imam Shuraim, Imam al-Ghamidi dan lain-lain. Bacaan mereka ada yang laju dan ada juga yang agak perlahan.

Bila dengar bacaan dalam majlis Tilawah al-Quran bacaan agak perlahan.

Itulah perbezaan tempo bacaan al-Quran.

Kadar kelajuan  dalam bacaan al-Quran ada 3. Berikut adalah kadar bacaan al-Quran dan bagaimana ia dibacakan.



  • Bacaan Tahqiq - Perlahan
  • Bacaan Hadar - Sederhana
  • Bacaan Tadwir - Laju



Imam Al-Jazari terangkan dalam kitab Annasyru.
Ada 3 tingkatan (kadar laju) dalam membaca al-Quran iaitu :



1- Attahqiq ( bacaan yang sangat lambat, tenang, jelas pengucapannya dan menunaikan haq huruf dengan sebaik-baiknya )
sesuai bagi mereka yang mengajar al-Quran kepada mereka yang mahu belajar membaca al-Quran untuk membetulkan bacaan.

2- Alhadr ( bacaan yang cepat ).

3- Attadwir ( bacaan yang tidak cepat dan tidak lambat ) yang sedang sahaja.
Bacaan ini biasa dibaca oleh imam di dalam solat.

Tiga tingkatan bacaan ini semua diperbolehkan dengan syarat membaca dengan secaraTartil.



Apakah Tartil itu?



Tartil mengikut Imam Ibn Jazari bukanlah tingkatan membaca al-Quran tetapi tartil perlu ada pada setiap tingkatan bacaan al-Quran.

Tartil perlu ada pada setiap bacaan tahqiq alhadr dan attadwir

Beliau menyebut di dalam bait kalam beliau dalam Toyyibatun Nasyri (طيبة النشر )





ويقرأ القران بالتحقيق   مع حدر وتدوير وكل متبع
مع حسن صوت بلحون العرب   مرتلا مجودا بالعربي



Alquran dibaca dengan attahqiq, dan dengan cepat dan pertengahan harus. Dengan suara yang baik dengan irama arab dan dengan tartil
dan dibaguskan dengan fasih bahasa arab. Maka tartil masuk ke dalam ketiga-tiga tingkatan bacaan al-Quran.

Dan dibaguskan bacaan dengan fasih sesuai bahasa arab iaitu dengan huruf huruf arab.

Tartil adalah membaca al-Quran dengan hikmat, baik, saksama, khusyukh dan memperhatikan makna dengan tajwid, panjang pendek, waqaf, ibtidak.

Sebahagian ulama pula ada yang kategorikan bacaan tartil termasuk  dalam 
tingkatan bacaan al-Quran seperti ini.

Tahqiq

Tartil

Tadwir

Hadar

Mengikut pandangan Imam Ibn al-Jazari tiga sahaja tingkatan bacaan al-Quran dan tartil perlu dijaga pada setiap tingkatan bacaan tersebut.

#Bacaan Hadar biasa dibaca oleh mereka yang menghafaz al-Quran. Dibaca untuk mengulang-ngulang hafazan mereka.Mereka perlu baca laju kerana perlu mengulang bacaan yang banyak. 


# Untuk mengetahui bagaimanakah kadar bacaan anda, adalah sepatutnya bertemu dengan mereka yang mahir dan ahli dalam ilmu pembacaan al-Quran bagi memberikan panduan kepada anda.Dan akan mudah faham teori hukum mad yang lain.

No comments:

Post a Comment