PENGERTIAN IQLAB
DARI SEGI BAHASA : ia bermaksud menukar sesuatu daripada rupa asalnya.
DARI SEGI ISTILAH : menukarkan bunyi huruf nun sakinah atau tanwin kepada bunyi huruf mim yang ringan dengan ikhfak dan dengung.
HURUF : terdapat satu huruf sahaja iaitu huruf ب
Contoh Iqlab adalah seperti berikut :
Jadi dalam dua satu kalimah. Maksudnya ن dan ب berada dalam kalimah yang sama
Jadi dalam dua satu kalimah. Maksudnya ن dan ب berada dalam kalimah yang berbeza.
Ketika membaca kalimah ini seperti menukarkan huruf nun sakinah ataupun tanwin kepada huruf mim seperti berikut :
NOTA
Bacaan Iqlab ini dinamakan juga Ikhfa' Majazi.
Berbeza dengan hukum Ikhfak Hakiki.
Masa bacaan Iqlab huruf nun sukun atau tanwin dibaca dengan bunyi Huruf Mim. Tetapi bacaan bukan dibaca secara merapatkan bibir. Bibir terbuka sedikit. Dinamakan dengan Iqlab kerana bunyi nun atau tanwin ditukar kepada bunyi mim. Di dalam tulisan Resm Othmani hukum Iqlab ini ditandakan dengan mim yang kecil. Terdapat Mushaf yang mewarnakan huruf mim kecil itu dengan warna hijau. Hijau memberi makna bacaan tersebut perlu didengungkan.
No comments:
Post a Comment