Sunday, April 7, 2019

HURUF MAD

Mad Asli adalah asas yang mesti dikuasai. Sebab dengan huruf-huruf ini, akan lahir hukum mad yang lain. 

Dan akan mudah faham teori hukum mad yang lain.
Namun jika tidak dikuasai kita boleh mudah buat salah masa baca al-Quran.


PENGERTIAN MAD

Mad dari segi bahasa - Menambah

Menurut Istilah Ilmu Tajwid - Memanjangkan sebutan suara pada huruf mad atau huruf lin. 



Huruf mad  ada 3 iaitu 


Mad Asli

3 huruf ini dikira sebagai huruf mad apabila cukup dua syarat iaitu huruf mad bertanda sukun dan huruf sebelumnya adalah berbaris seperti berikut :







Contoh di atas ini dinamakan dengan MAD ASLI.

Jika sebelum huruf و dan huruf ي huruf berbaris di atas ia menjadi huruf lin seperti berikut:

Tidak dibaca panjang ketika bacaan sambung. Maksudnya dibaca satu harakat sahaja ketika sambung. Tapi bila berhenti pada kalimah yang ada harfu lin maka ia boleh dibaca panjang dengan kadar 2, 4 atau 6 harakat.





Soalan.

Ada yang tanya kenapa ianya jadi bacaan mad? 

Tidak ada sebab. Ia memang begitu. Kalau hukum mad lain ada sebab.

1-Sebab selepas huruf mad ada hamzah. Contoh macam mad wajib terjadi sebab huruf mad selepasnya ada huruf hamzah dalam satu perkataan.

2- Sebab selepas huruf mad ada tanda sukun.  

Dari dua sebab ini nanti akan jadi hukum mad yang lain. Yang sama dan lain harakat mad.  


Mudah sahaja kan.




1 comment: