Tuesday, April 9, 2019

KELAJUAN BACAAN AL-QURAN

Tenang rasa bila dengar bacaan al-Quran bacaan imam-imam yang besar. Bacaan terkenal seperti Imam Masyari Al-Afasi, Imam Sudais, Imam Shuraim, Imam al-Ghamidi dan lain-lain. Bacaan mereka ada yang laju dan ada juga yang agak perlahan.

Bila dengar bacaan dalam majlis Tilawah al-Quran bacaan agak perlahan.

Itulah perbezaan tempo bacaan al-Quran.

Kadar kelajuan  dalam bacaan al-Quran ada 3. Berikut adalah kadar bacaan al-Quran dan bagaimana ia dibacakan.



  • Bacaan Tahqiq - Perlahan
  • Bacaan Hadar - Sederhana
  • Bacaan Tadwir - Laju



Imam Al-Jazari terangkan dalam kitab Annasyru.
Ada 3 tingkatan (kadar laju) dalam membaca al-Quran iaitu :



1- Attahqiq ( bacaan yang sangat lambat, tenang, jelas pengucapannya dan menunaikan haq huruf dengan sebaik-baiknya )
sesuai bagi mereka yang mengajar al-Quran kepada mereka yang mahu belajar membaca al-Quran untuk membetulkan bacaan.

2- Alhadr ( bacaan yang cepat ).

3- Attadwir ( bacaan yang tidak cepat dan tidak lambat ) yang sedang sahaja.
Bacaan ini biasa dibaca oleh imam di dalam solat.

Tiga tingkatan bacaan ini semua diperbolehkan dengan syarat membaca dengan secaraTartil.



Apakah Tartil itu?



Tartil mengikut Imam Ibn Jazari bukanlah tingkatan membaca al-Quran tetapi tartil perlu ada pada setiap tingkatan bacaan al-Quran.

Tartil perlu ada pada setiap bacaan tahqiq alhadr dan attadwir

Beliau menyebut di dalam bait kalam beliau dalam Toyyibatun Nasyri (طيبة النشر )





ويقرأ القران بالتحقيق   مع حدر وتدوير وكل متبع
مع حسن صوت بلحون العرب   مرتلا مجودا بالعربي



Alquran dibaca dengan attahqiq, dan dengan cepat dan pertengahan harus. Dengan suara yang baik dengan irama arab dan dengan tartil
dan dibaguskan dengan fasih bahasa arab. Maka tartil masuk ke dalam ketiga-tiga tingkatan bacaan al-Quran.

Dan dibaguskan bacaan dengan fasih sesuai bahasa arab iaitu dengan huruf huruf arab.

Tartil adalah membaca al-Quran dengan hikmat, baik, saksama, khusyukh dan memperhatikan makna dengan tajwid, panjang pendek, waqaf, ibtidak.

Sebahagian ulama pula ada yang kategorikan bacaan tartil termasuk  dalam 
tingkatan bacaan al-Quran seperti ini.

Tahqiq

Tartil

Tadwir

Hadar

Mengikut pandangan Imam Ibn al-Jazari tiga sahaja tingkatan bacaan al-Quran dan tartil perlu dijaga pada setiap tingkatan bacaan tersebut.

#Bacaan Hadar biasa dibaca oleh mereka yang menghafaz al-Quran. Dibaca untuk mengulang-ngulang hafazan mereka.Mereka perlu baca laju kerana perlu mengulang bacaan yang banyak. 


# Untuk mengetahui bagaimanakah kadar bacaan anda, adalah sepatutnya bertemu dengan mereka yang mahir dan ahli dalam ilmu pembacaan al-Quran bagi memberikan panduan kepada anda.Dan akan mudah faham teori hukum mad yang lain.

HUKUM NUN MATI DAN TANWIN

SUKUN ASLI DAN SUKUN MENDATANG

Apa maksud SUKUN ASLI?

Jika kita sambungkan bacaan ia tetap bertanda SUKUN dan jika kita berhenti baca di situ dia tetap bertanda SUKUN.  Ia tidak tertukar.


Lain dengan  sukun a'rid. Maksudnya sukun yang mendatang. Maknanya asal tandanya bukan tanda sukun.

Sukun mendatang ni, bila sambung bacaan hurufnya berbaris, bila berhenti bacaan di situ barulah hurufnya bertanda mati / sukun.




Ada sebab dia jadi mati. Nak mudah faham, jika kalimah itu kita sambung, hurufnya ada baris tapi bila berhenti baca di situ huruf itu jadi mati. 

Contoh :


1تَعْمَلُونَ
2تَعْمَلُونْ/


Nombor 1 : Kalimah itu bila kita sambung bacaan huruf ن tu berbaris atas. Ini baris asal huruf ن itu.

Nombor 2: Kalimah itu bila kita berhenti kat ن itu ia jadi bertanda sukun pada bacaan. Ini yang dipanggil sukun mendatang. Bacaan huruf ن itu jadi sukun sebab kita berhenti padanya.


MAD A'RID LISSUKUN


Lihat pada contoh-contoh di atas. Pada akhir setiap ayat itu biasanya kita akan berhenti di sini. Asal tanda huruf yang terakhir bagi setiap kalimah itu adalah mempunyai baris. Huruf mim pada contoh 1 berbaris bawah مِ dan begitu juga huruf yang lain. 

Ini yang dinamakan Mad A'rid Lissukun.

Dibaca dengan kadar harakat samaada
2 harakat atau 
4 harakat atau 
6 harakat

Ulamak sebut adalah terbaik atau aula bagi pembaca al-Quran.

Jika kita membaca al-Quran dalam kadar kelajuan yang tiga itu samaada tahqiq atau hadar atau tadwir sebaiknya mad ini mengikut sekali.

1 -Jika ketika membaca Hadar - Mad A'rid  Lissukun ini dibaca 2 harakat.
2-Jika ketika membaca Tadwir - Mad A'rid Lissukun ini dibaca 4 harakat.
3-Jika ketika membaca Tahqiq - Mad A'rid Lissukun ini dibaca 6 harakat.




MAD JAIZ MUNFASIL

MAD WAJIB MUTTASIL