Sunday, April 7, 2019

MAD FAR'I

Mad Far'ie.

Kita sudah mengenali mad asli. Jika anda belum tahu tentang mad asli, boleh baca sini.

Mad Far'i ini adalah cabang dari Mad Asli. Asasnya adalah Mad Asli itu sendiri.


Bagaimana Boleh Terjadi Mad Far'ie?

Ada dua sebab boleh terjadi mad Far'ie. Itulah bila huruf mad   ا و ى    bertemu dengan 

1- Huruf Hamzah Atau 

2- Bertemu dengan sukun ( Huruf Yang Bertanda Mati ) maka akan 

Terjadi MAD FAR’IE.


Di Bawah Ini Adalah Mad Far'ie








Soalan:

Ustaz, saya tidak berapa faham. Ustaz kata huruf mad bertemu dengan sukun. Saya tengok contoh Mad A'ridh Lissukun tu huruf mad yang huruf و  itu selepasnya huruf ن. Huruf itu tidak ada tanda sukun. Huruf ن itu berbaris atas.

Jawapan :

Ya, huruf yang bertanda sukun di dalam al-Quran ada 2 jenis. 

a : Sukun Asli.

DUA BAHAGIAN MAD

BAHAGIAN MAD



Mad ada dua bahagian


1- Mad Tobi'e = Mad Asli


 Mad asli adalah merupakan mad yang wujud apabila huruf-huruf bertemu dengan huruf mad mengikut syarat yang telah disebutkan di atas. Sekiranya selepas huruf mad tersebut bertemu dengan huruf mad atau sukun maka mad far'i akan berlaku.

Kadar bacaan Mad Asli ini adalah sekadar dua harakat. Di dalam penulisan al-Quran Rasm Othmani huruf mad asli tidak ditulis tanda mati pada tiga huruf tersebut.

Mad Far'i merupakan cabang hukum mad. Ia berlaku apabila huruf mad bertemu dengan :

 a ) Huruf Hamzah.
     i - Ada yang huruf hamzah selepas huruf mad.
    ii- Ada yang huruf hamzah sebelum huruf mad.  
     

 b ) Sukun



Terdapat juga Mad Far'ie yang berlaku antara Ha Dhomir dengan huruf hamzah.


Kelebihan Mempelajari Al-quran

HURUF MAD

Mad Asli adalah asas yang mesti dikuasai. Sebab dengan huruf-huruf ini, akan lahir hukum mad yang lain. 

Dan akan mudah faham teori hukum mad yang lain.
Namun jika tidak dikuasai kita boleh mudah buat salah masa baca al-Quran.


PENGERTIAN MAD

Mad dari segi bahasa - Menambah

Menurut Istilah Ilmu Tajwid - Memanjangkan sebutan suara pada huruf mad atau huruf lin. 



Huruf mad  ada 3 iaitu 


Mad Asli

3 huruf ini dikira sebagai huruf mad apabila cukup dua syarat iaitu huruf mad bertanda sukun dan huruf sebelumnya adalah berbaris seperti berikut :







Contoh di atas ini dinamakan dengan MAD ASLI.

Jika sebelum huruf و dan huruf ي huruf berbaris di atas ia menjadi huruf lin seperti berikut:

Tidak dibaca panjang ketika bacaan sambung. Maksudnya dibaca satu harakat sahaja ketika sambung. Tapi bila berhenti pada kalimah yang ada harfu lin maka ia boleh dibaca panjang dengan kadar 2, 4 atau 6 harakat.





Soalan.

Ada yang tanya kenapa ianya jadi bacaan mad? 

Tidak ada sebab. Ia memang begitu. Kalau hukum mad lain ada sebab.

1-Sebab selepas huruf mad ada hamzah. Contoh macam mad wajib terjadi sebab huruf mad selepasnya ada huruf hamzah dalam satu perkataan.

2- Sebab selepas huruf mad ada tanda sukun.  

Dari dua sebab ini nanti akan jadi hukum mad yang lain. Yang sama dan lain harakat mad.  


Mudah sahaja kan.




TAJWID

TAJWID

Maksud dari bahasa adalah - mengelok dan mencantik.

Istilahnya maksud satu ilmu untuk tahu cara lafaz huruf-huruf al-Quran dengan betul.

HUKUM

Apakah hukum belajar ilmu tajwid?

Hukum belajar ilmu tajwid adalah Fadhu Kifayah. Maksud Fardhu Kifayah adalah ia tidak wajib dipelajar oleh semua orang. 

Namun, dalam mempraktikkan bacaan al-Quran wajib dengan bertajwid. Maksudnya jika anda tidak kenali mad asli itu bagaimana, ikhfak haqiqi itu macamana tetapi bila baca boleh baca dengan betul, itu sudah cukup.

Itu yang dimaksudkan mempelajarinya adalah Fadhu Kifahayah dan mengamalkannya adalah Fardhu Ain.

Fardhu Kifayah pula cukup seorang atau beberapa orang yang mahir untuk dirujuk tentang ilmu tajwid di satu-satu kampong atau masyarakat. Jika tiada yang mahir tentang ilmu ini, maka berdosalah satu kampung tersebut.

Jadi orang yang memahami ilmu tajwid ini, selain jadi tempat rujukan mereka menjadi penyelamat bagi sesebuah kampong atau masyarakat tersebut.

ARAHAN ALLAH TENTANG BACA ALQURAN DENGAN TAJWID.

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا

"Dan Bacalah al-Quran itu dengan secara Tartil."

Ada tiga perkara dalam membaca al-Quran secara tartil

1- Tahsinun sout - Memperelokkan Suara.
2- Tajwid - Bacaan Secara Bertajwid.
3- Lagu- Tarannum Al-Quran.

Dengan tiga perkara ini maka akan terhasillah bacaan yang tartil.





ALQURAN

Telah turun kitab-kitab dari langit yang wajib kita imani. Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi kita Muhammad selawat ke atas baginda dan juga kita-kitab selebum baginda perlu diimani. 

Kitab Zabur kepada Nabi Daud alaihissalam.
Kitab Taurat kepada Nabi Musa alaihissalam.
Kitab Injil kepada Nabi Isa alaihissalam.
Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad selawat atas baginda.


Oleh kerana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad selawat ke atas baginda, melalui perantaraan Malaikat Jibril, kita perlu tahu ia dibaca secara talaqqi mushafahah. Maksud mushafahah ialah belajar berhadapan dengan guru. 

Maksudnya adalah mengambil bacaan secara berdepan. Begitulah ia disebarkan kepada sahabat-sahabat baginda. Sebab itu walaupun kebanyakan sahabat, sebilangan besar sahabat tidak mampun membaca, begitulah caranya al-Quran diajarkan dan disebarkan.

Sehingga kini pengalaman talaqqi al-Quran secara berhadapan dengan guru tetapi diamalkan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad selawat ke atas baginda.

Jadi untuk mempelajari al-Quran tidak cukup sekadar melalui 'online' seperti Youtube. Adalah lebih baik dipelajari secara talaqqi mushafahah dari guru-guru yang mahir.

Adapun dalam ebook Modul Tajwid ini, ditulis secara teori tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran khusus berkenaan dengan tajwid. Bagaimana menguasai ilmu tajwid dengan mudah. 

Namun secara praktikal perlu dipelajari berhadapan dengan guru.



BIODATA PENULIS

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop


Firdaos Mohd Rawi dilahirkan  di Tumpat, Kelantan. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Negeri Selangor Darul Ehsan. 

Selepas tamat SPM beliau kemudian menyambung pengajian di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Seterusnya menyambung pengajian di Maahad Qiraat, Mesir dalam pengajian al-Quran. 

Pernah bertugas sebagai pensyarah jemputan di Darul Quran sebelum mengambil sijil pendidikan di Maktab Perguruan Islam Bangi kini dikenali dengan IPG Kampus Pendidikan Islam di Bangi.


Penulis kini bertugas sebagai guru di Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2019.

Kini penulis sedang giat menulis selain mengikuti kursus penulisan yang diadakan oleh persendirian ataupun organisasi. 


Menceburi bidang penulisan sebagai satu 
wadah dalam menyebarkan kebaikan.  

AMARAN


KHAS BUAT PEMBELI SAHAJA, MANA-MANA YANG
MENYEBAR, MEMBACA DAN MENGGUNAKAN ILMU
INI TANPA MEMBELI ADALAH MEREKA YANG TIDAK

MENGHORMATI ILMU DAN PEMILIKNYA 


1. E-book ini adalah hak cipta terpelihara 
Firdaos Mohd Rawi.  

2. Anda dilarang sama sekali sama ada 
mengubah, mengedarkan atau menjual e-book 
ini kepada pihak lain.  

3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika 
penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-
undang.

4. Sekiranya anda telah menerima e-book ini 
tanpa melalui Firdaos Mohd Rawi atau mana-
mana pengedar online yang sah, anda perlu 
laporkan kepada pihak Firdaos Mohd Rawi  

5. Tindakan anda amatlah dihargai bagi 
membanteras kegiatan-kegiatan sebegini.

6. Bagi kalian yang mahu serta mengedar e-
book ini boleh mendaftar dengan 
Firdaos Mohd Rawi

KEBERKATAN ILMU, ITU YANG KITA MAHU

Cetakan Pertama 2019
© Firdaos Mohd Rawi 2019