Sebenarnya mudah untuk kuasai
ilmu tajwid. Sangat mudah. Masalah ramai orang apabila dengar sahaja ilmu
tajwid, akan rasa susah. Atau kurang berminat.
Namun sekiranya kita tahu akan
kelebihan mereka baca al-Quran dalam dan mahir akan tajwid, jika dibandingkan dengan mereka yang baca al-Quran dan tidak mahir akan tajwid. Kita akan berfikir untuk tajamkan lagi ilmu tentang tajwid.
Kelebihan mereka yang baca al-Quran. Allah subahanahu wataala, sangatlah kaya dan pemurah. Terutama bagi mereka yang baca al-Quran.
Dalam satu hadith Nabi pesan dan sebut,
“Orang yang mahir membaca Al-Qur’an, dia berada bersama para malaikat yang terhormat dan orang yang tersekat-sekat di dalam membaca Al-Qur’an serta mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala"
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini, jelas Nabi beritahu tentang dua golongan yang baca al-Quran.
1- Yang mahir.
2- Yang ada kesulitan.
Dan kedua-dua golongan ini ada kelebihan yang Allah bagi. Maha pemurah Allah subhanahu wataala.
Yang mahir akan bersama Malaikat.
Yang ada kesulitan Allah bagi dua pahala.
Ini semangat yang Allah beri pada hambanya. Sebab Allah hendak beri kebaikan kepada hambanya. Nak beri pahala. Nak beri syurga.
Sebaiknya kita ambil langkah untuk mahir ilmu tajwid.
Dalam buku ini saya kongsikan kepada anda, langkah untuk kuasai ilmu tajwid secara mudah. Dengan tulisan dan tanda yang ada dalam al-Quran bila kita faham kenapa ditulis tanda tanwin selari dan tidak sebagai contoh, kita dah boleh tahu cara nak baca kalimah dan ayat tersebut.
No comments:
Post a Comment